Wednesday, September 29, 2010

MC 2 hari..

Wednesday, September 29, 2010 0
MC 2 hari.. patutkah rase suke? biase2 je.. chewah~
Aiyak! bkn acap mahu saje2 cuti maa.. dah doc tu bg cuti sbb ckp bdn acap panas sgt (39.8). takut nnt lg teruk. huhu.
nak2 plak sekarang posting kat burn. kalau kat CCU or CRW aritu mmg berat sikit nak cuti tp kat burn ni takpe kot.. lagi pon hari sabtu ni kene ganti posting.. so, ok la tu dapat rehat sikit.. hehe..
Walaupun badan panas, tibe2 mood nak update blog pon dtg. entah ape2. tp itulah die.

Sejak kebelakangan ni, banyak dalam surat khabar tunjuk pasal muzikal tun mahathir. tgk macam best. tiket die pon dalam rm30, 50, 80, 100 n 150. kalau student dapat diskaun 10%. dah lame jgk tak layan teater. teater ni plak akan dilanjutkan sehingga 4 oktober. sape rase nak tgk marilah tgk same2. takde kwn lor. dulu ayah rajin gak tgk teater ni tp sekarang maybe dah byk keje kot. die tak layan sgt mcm dulu. huhu..

semalam kat wad borak dgn pesakit. dah tua dah pakcik ni. die asyik cerita pasal diri die n family die. sedih jgklah. tp ape die cerita tu tak dapatlah diberitahu. tapi apa yg dapat dlm cerita die tu.

  1. kalau buat sesuatu tu biarlah sampai penghujungnya. misalnya kita panjat pokok kelapa. kalau panjat biar sampai dapat buahnya. jgn sampai tengah pokok kite berhenti dan tak dapat hasilnya.
  2. buatlah keputusan dgn btol. fikirkan jgka masa panjang. jgn fikir yang terdekat je. nanti kelak merana diri.

Semoga yg baik kite ambil sbg panduan, yg buruk sebagai peringatan.

Sunday, September 26, 2010

Suke tak?

Sunday, September 26, 2010 7

Salam.

Lama sudah tidak berupdate blog ini. pasti kawan2 tertunggu kabar berita dari acap. acap sihat2 je. bertambah sihat selepas raya ni. NAIK 5kg je. sasaran asal acap 1kg tapi tidak kesampaian.


Seperti yang diketahui, acap seorang yang agak sukar menunjukkan emosi dikhalayak ramai. jadi dgn cara ini (ambik gambar die senyap2) acap boleh menunjukkan emosi yang acap rase perlu. ibarat menunjukkan jari tengah acap kepada org lain. mesti tak faham. tak mengape nanti suatu hari nada semua pasti akan faham apa yang dimaksudkan. ;-)


sape suke gambar diatas itu, sila klik suka sangat kat kolum bawah ni or tulis komen kat komen bawah. saje nak buat panduan di masa akan datang. terima kasih kawan2.

Sunday, September 5, 2010

3:49 AM @ CC BMC

Sunday, September 5, 2010 1
ya!
title diatas menunjukkan masa dan tempat acap berada pd waktu itu.
semuanye gara2 tak bawak kunci rumah. adoyai! balasan balik lambat ni. huhu..
Dah call semua org kat rumah tapi harapan tggl harapan. semuanya enak dibuai mimpi indah disyurga agaknya..
Ingat nak tidur saje diluar rumah bertemankan kucing dan penjaga rumah jiran, Bruce (seekor anjing) tapi keadaan tak mangizinkan. terfikir pula kalau mama tahu anak lelaki seorang dia ni tidur bergelimpangan di rumahnya sendiri. tak ke sedih mama acap tu dibuatnya. Then, acap pon buat keputusan untuk pergi cc.. layan fb dan update blog yang dah lama tak berupdate ini..

"menjelang hari raya
aidilfitri mulia"
tiba2 terdengar lagu ini dicc ni. prihatin juga cina cc ni kat acap. huhu..
kalau hendak diikutkan sejarahnya, hubungan cc ini dgn diri acap amatlah rapat. mane tidaknya, dulu masa sekolah inilah tempat acap menajamkan skill bermain game, melayari internet dan dating (ops!). hehe. tapi sejak masuk UKM mane pernah pergi cc ini. yang penting tak banyak perubahan kat cc ni. spec pc, monitor, headphone (busuk!), mouse, keyboard dan tandas masih lagi mengekalkan ciri2 yang dahulu. terbaik2~
Terima kasih kepada adik beradik Sarah, Kak Fiza, Farah dan Puteri.
sbb ape terima kasih? tanyalah diorang. segan nak cerita.
baiklah. akhir kata dr acap,
MATI ITU PASTI, maka beribadatlah dengan ikhlas.
Salam penghujung Ramadhan~
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesFree Blogger Templates;