Tuesday, January 18, 2011

Tak sangka ditipu dengan niat baik aku.

Tuesday, January 18, 2011
Bertempat di McD KL Sentral petang tadi. satu kejadian ngeri dalam hidupku sudah berlaku. tak boleh blah betul kalau benda mcm ini jd pada diri ini..

Ceritanya begini..
Acap ditugaskan oleh ayah@Pak Nan untuk pergi ke kl sentral untuk menjemput pak cik saya 1 keluarga. dorang dari Ipoh datang sini naik keretapi yang laju tu. 2 jam lebih dah sampai KL beb.. laju2.. Pakcik acap cakap dalam setengah jam lg dia sampai. so, acap pon pergilah lepak baca paper kat McD. Baru je nak melekat punggung acap yang mantop ni ade plak sorang lelaki berbangsa india menghampiri dan berkata...

Lelaki India (LI) : bang, boleh mintak tolong sikt ta bang? (dgn lenggok tamilnya)
Acap : pahal?
LI : Saya pegi tandas tadi dompet hilang. sekarang ada RM3 je.
Acap : (menghela nafas panjang. Tau dah.)
LI : ini sekarang saya mahu mintak tolong abang bg lagi RM6. Saya mahu balik itu seremban labu sana.
Acap : pergi mintak tolong kat sane. (sambil menunjukkan kearah Kaunter Servis)
LI : itu saya dah mntak tolong tp die tak boleh buat ape bang.

aku tanpa rasa syak curiga ape2 bg RM10 kat die. sebab die siap tunjuk IC. mcm desperate gile je muke. lepas tu die terus blah.

tak lame lepas tu, kakak McD tu pegi kat meja aku dan mula bercerita...

Kakak McD : Dik, nape awak bg duit kat india tu?
Acap : die ckp dompet die hilang, hp pon takde. sian pulak die nak balik seremban.
KM : td akak nak tegor awak tapi ramai customer. india tu mmg tiap2 hari ade kat sini. itu je kejenye. kadang2 ade anak bini die sekali.
Acap : aduhai. mana saya tahu kak.


sumpah lps tu acap mencarut tak ingat. tak psl2 je melepas RM10. mule dah niat nak sedekah je. tp lepas dapat tahu, terus aku gerak cari india tu. hampeh betul.

pasal dia, acap dah was2 nak sedekah kat orang. bukan kedekut ke ape. acap harap duit yg disedekahkan tu diguna ke jalan yang betul. tipu2 mcm ni mmg hangin dibuatnye. tak psl2 org lain kene tempiasnye. tak tolong kesian. dah tolong kene tipu je.

tapi mungkin ade hikmah sebalik sume ni. bile pakcik acap sampai, acap story kat dia. terus die hulur RM50. hambek kau! nak ambik segan, tak ambik cam bajet kaya plak. ambik je la. tak luak duit kelapa sawit pakcik aku tu. hehe..

Tapi still rasa berbekas hati. harap orang mcm tu ada satu je la. harap2 dia taubat pastu masok Islam. Amin.

3 kritikan melampau:

miSz tUna

seb bek kakak tu bgtaw. ;)

Angah . Izzah

woo..bgosnye acap..bangge jdik kwn acap..hehehehe

Asyraf Hasnan

tuna - terima kasih gak kat aku tu. walaupon timing lari sket. tp atleast, dapat tahu perkara sebenar kan. kan

izzah - part mane yg bagos? hehe.. takdela izzah. biase2 je

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesFree Blogger Templates;