Wednesday, June 16, 2010

Tutorial - Cara 'Log In' facebook yang betul.

Wednesday, June 16, 2010 4
Hype!
Bertemu kita di tutorial yg baru. Ceh! macam pernah buat tutorial sebelum ini. Sebat je la. Hehe.

Oh yeah! pasal tutorial ni. dulu acap pon tak berap kisah sangat pasal log ini facebook ini. tak perasan sangat perbezaan die. sampai 1 hari member datang datang rumah dia bagitahu jgn log in kalo appear gambar hp tu. kemungkinan ada virus kot. tapi better kita ambil prevention sebelum terjadi ape2. bak kata pepatah "lebih baik mencegah daripada mengubati". chewah!

Ok, kita tgk gambar ini.



Lihat pada bulatan merah iaitu url untuk log in facebook. tidakkah macam panjang sangat je. tidakkah ini menimbulkan kesangsian. hoho. tengok pula gambar hanpon tersebut. berlainan dengan laman log in facebook yg sebenar.

Ok, yg ini gambar laman yang betul. (maybe)



lihat url-nye cuma "www.facebook.com". clear bukan? lihat pula bulatan kuning itu. lebih kurang gambar worldwide kot. (entahlah)
tapi yang pasti better anda semua log in facebook guna yg ini. url-nye "www.facebook.com". pastikan tau. hehe.

berjumpa dalam tutorial akan datang (kalau ada).
bye!

p/s : jangan ditanya pasukan favourite dalam world cup kali ini. memang tak tahu nak ckp apa. tapi yang pasti, team mane ada player Manchester United, team itu pasti disokong. hahaha.

Thursday, June 10, 2010

Kenapa polis tak jadi saman saya?

Thursday, June 10, 2010 2
Hohoi!
lame tak update blog ini. alasannye boleh tgk post sebelum ini ok. hehe.
berkisar dgn tajuk kali ini. nak story sikit pasal polis nak saman tapi tak jadi. huhu.
Alkisah, pada satu ptg dalam pukul 2 lbh kurang, acap drive kereta dr PJ menuju ke Kajang. sampai area Seputeh dah perasan ade speed trap ni sebab kereta arah bertentangan sudah memberi isyarat lampu. so dengan slumbernye acap drive 60 km/j sahaje! tak pernah dibuat org kat highway.. haha.
hendak dijadikan cerita, road block pon berlaku 3km selepas itu. confident je x kene tahan. sampai je kat situ polis tu suruh berhenti kat tepi. kecut perut gwe.

"bile mase pulak aku drive laju ni."

monolog dalaman seorang diri sendiri sebentar. macam2 fikir ni. duit tak dapat lagi. elaun pulang hujung bulan. masak2. time tu pikir gak nak bagi alasan ape kat polis tu. huhu.
Polis tu pula lambat sikit nak saman sebab byk kereta lain yg kene tahan. selepas 5 min camtu, polis yg tahan acap td datang. dia usha keliling kereta. aduh! saspen gwe. ape lg ntah tak kene. huhu. selepas tu barulah pakcik polis misai x berape nak lebat tu tanye acap.

Pakcik Polis : Nak pergi mane dik? (dengan nada yg tinggi.)
Acap : balik kajang Tuan.
PP : Belajar ke dah kerja?
Acap : Belajar lg kat hukm ni hah.
PP : Hukm? belajar doktor kah?
Acap : bukan. Jururawat. Jururawat lelaki.
PP : oh Nursing ke? anak pakcik pon belajar nursing jugak dekat kolej ***** (tak ingat ape.) sekarang ni die dah tahun 2 sem 6. sekarang ni die tgh praktikal kat hospital ***** (lg sekali lupe). memang bagus amek nursing ni. kerja mulia. dapat kerja pon senang. blablablablabla.........
Acap : ye pakcik. betul tu. (sebanyak beberapa kali)
PP : Ok la. boleh jalan. pakcik suruh kereta blkg kau yg berhenti td. tgk2 kau yg berhenti sekali. ok2, jln elok2. semoge berjaya.
Acap : ok2 tuan. terima kasih.

fuh! selamat. acap pon tak perasan yg die tahan kereta blkg td. akibat confident sgt la ni.. haha. btw, nice to borak with u, pakcik polis. walaupun butir2 perbualan tak berape nak ingat. hehe.
sehingga bertemu di lain hari. bye!

Tuesday, June 1, 2010

Apabila Diri Tidak Disayangi lagi..

Tuesday, June 1, 2010 5
Gempak tak title post kali ni? haha! Takde ape2 pon sebenarnya. rupenye sudah 2 minggu blog ini tidak berupdate. mane hilangnye acap? tidak hilang kat mane pon. tak keluar langsung dr Cheras yg tercinta ini. cume mood untuk update tiade disebabkan kebohsanan dalam diri yang melampau. orang ckp kalau bosan tulis la blog. mane~ acap bosan takde mood pon nak tulis blog. Satu lagi faktor pemangkin adalah kepantasan Internet. Internet kat umah ade 2 sumber. 1 streamyx yg rm60 sebulan tu dan 1 lg adik pnyer Berukband.. due2 cam cipanzi nak bertelor je..

Hari tu ayah ade konvo kat UUM. tak dapat nak ikut sebab time tu minggu exam. seronok pulak tgk ayah pakai jubah tu. tak sabar pula nak konvo dan pakai jubah macam ayah.. hehe.. ayah amek kaunseling kelompok kalau tak silap.. so, sape2 nak khidmat nasihat kaunseling boleh jumpe ayah.. hehe..

Sebelah kiri tu mama. die pon excited gak pakai jubah. pnjm kawan ayah punye.. hehe..

Start cuti kali ni, cam sedih sikit. sebab sume org takde kat umah. adik2 sume kat hostel, ayah pegi Kuala Lipis n mama pula pegi sabah. sedih pulak tggl sorang2 kat rumah bertemankan kucing. huhu. mama ajak pegi sabah dulu tp plan nak g terengganu. last2 minit tak jadi pulak. tapi takpelah. mama pon dah balik ni. takdela sunyi sangat.

hari tu ade pergi kenduri kahwin member, Lin. kakak die kahwin kat Kg Pengantin. pergi dgn Nazim, Pejol, Bob, Nabil n Jep. macam best je kahwin kat sini. Dorang ckp kalau takde rm60 ribu, jgn mimpi nak kahwin kat sini. ops!


Oh, sudah2.. mate sudah ngantok ni.. baru balik downtown dan tidak tido2 lagi.. ok anda2 sume.. jumpe di lembaran yang lain pula yeh.. adios~
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesFree Blogger Templates;