Wednesday, September 29, 2010

MC 2 hari..

Wednesday, September 29, 2010 0
MC 2 hari.. patutkah rase suke? biase2 je.. chewah~
Aiyak! bkn acap mahu saje2 cuti maa.. dah doc tu bg cuti sbb ckp bdn acap panas sgt (39.8). takut nnt lg teruk. huhu.
nak2 plak sekarang posting kat burn. kalau kat CCU or CRW aritu mmg berat sikit nak cuti tp kat burn ni takpe kot.. lagi pon hari sabtu ni kene ganti posting.. so, ok la tu dapat rehat sikit.. hehe..
Walaupun badan panas, tibe2 mood nak update blog pon dtg. entah ape2. tp itulah die.

Sejak kebelakangan ni, banyak dalam surat khabar tunjuk pasal muzikal tun mahathir. tgk macam best. tiket die pon dalam rm30, 50, 80, 100 n 150. kalau student dapat diskaun 10%. dah lame jgk tak layan teater. teater ni plak akan dilanjutkan sehingga 4 oktober. sape rase nak tgk marilah tgk same2. takde kwn lor. dulu ayah rajin gak tgk teater ni tp sekarang maybe dah byk keje kot. die tak layan sgt mcm dulu. huhu..

semalam kat wad borak dgn pesakit. dah tua dah pakcik ni. die asyik cerita pasal diri die n family die. sedih jgklah. tp ape die cerita tu tak dapatlah diberitahu. tapi apa yg dapat dlm cerita die tu.

  1. kalau buat sesuatu tu biarlah sampai penghujungnya. misalnya kita panjat pokok kelapa. kalau panjat biar sampai dapat buahnya. jgn sampai tengah pokok kite berhenti dan tak dapat hasilnya.
  2. buatlah keputusan dgn btol. fikirkan jgka masa panjang. jgn fikir yang terdekat je. nanti kelak merana diri.

Semoga yg baik kite ambil sbg panduan, yg buruk sebagai peringatan.

Sunday, September 26, 2010

Suke tak?

Sunday, September 26, 2010 7

Salam.

Lama sudah tidak berupdate blog ini. pasti kawan2 tertunggu kabar berita dari acap. acap sihat2 je. bertambah sihat selepas raya ni. NAIK 5kg je. sasaran asal acap 1kg tapi tidak kesampaian.


Seperti yang diketahui, acap seorang yang agak sukar menunjukkan emosi dikhalayak ramai. jadi dgn cara ini (ambik gambar die senyap2) acap boleh menunjukkan emosi yang acap rase perlu. ibarat menunjukkan jari tengah acap kepada org lain. mesti tak faham. tak mengape nanti suatu hari nada semua pasti akan faham apa yang dimaksudkan. ;-)


sape suke gambar diatas itu, sila klik suka sangat kat kolum bawah ni or tulis komen kat komen bawah. saje nak buat panduan di masa akan datang. terima kasih kawan2.

Sunday, September 5, 2010

3:49 AM @ CC BMC

Sunday, September 5, 2010 1
ya!
title diatas menunjukkan masa dan tempat acap berada pd waktu itu.
semuanye gara2 tak bawak kunci rumah. adoyai! balasan balik lambat ni. huhu..
Dah call semua org kat rumah tapi harapan tggl harapan. semuanya enak dibuai mimpi indah disyurga agaknya..
Ingat nak tidur saje diluar rumah bertemankan kucing dan penjaga rumah jiran, Bruce (seekor anjing) tapi keadaan tak mangizinkan. terfikir pula kalau mama tahu anak lelaki seorang dia ni tidur bergelimpangan di rumahnya sendiri. tak ke sedih mama acap tu dibuatnya. Then, acap pon buat keputusan untuk pergi cc.. layan fb dan update blog yang dah lama tak berupdate ini..

"menjelang hari raya
aidilfitri mulia"
tiba2 terdengar lagu ini dicc ni. prihatin juga cina cc ni kat acap. huhu..
kalau hendak diikutkan sejarahnya, hubungan cc ini dgn diri acap amatlah rapat. mane tidaknya, dulu masa sekolah inilah tempat acap menajamkan skill bermain game, melayari internet dan dating (ops!). hehe. tapi sejak masuk UKM mane pernah pergi cc ini. yang penting tak banyak perubahan kat cc ni. spec pc, monitor, headphone (busuk!), mouse, keyboard dan tandas masih lagi mengekalkan ciri2 yang dahulu. terbaik2~
Terima kasih kepada adik beradik Sarah, Kak Fiza, Farah dan Puteri.
sbb ape terima kasih? tanyalah diorang. segan nak cerita.
baiklah. akhir kata dr acap,
MATI ITU PASTI, maka beribadatlah dengan ikhlas.
Salam penghujung Ramadhan~

Saturday, August 7, 2010

Cikgu! saya ade soalan..

Saturday, August 7, 2010 0
Suatu pagi yang damai..



Cikgu : Baiklah murid2. Hari ini cikgu nak tanya soalan mudah.

Murid2 : baiklah cikgu.

Cikgu : Orang yang ade penyakit AIDS boleh hidup berapa lama?

Sape dapat jawab cikgu bagi hadiah.

Murid A : 6 bulan!

Cikgu : Salah.

Murid B : 3 tahun.

Cikgu : kurang tepat.

Murid S : 2 bulan.

Cikgu : salah jugak. baiklah. nampaknye semua tak dapat menjawab.

Nak tahu jawapannya?

Murid2 : Nak.

Cikgu : 3 hari je.

Murid2 : asal pula cikgu?

Cikgu : AIDS. A-ahad I-isnin D-dan S-selasa.

Keesokan hari ininye cikgu tersebut tak dapat dtg sekolah kerana mengalami trauma dan tekanan mental..

Sunday, July 25, 2010

Pediatrik?

Sunday, July 25, 2010 5
Salam.

sory lame tak update.



since last week lagi acap dah start posting klinikal. kami semua dipecahkan kepada 3 modul iaitu kritikal, komuniti dan juga pediatrik. acap ditempatkan di pediatrik.

memang dah pasang lame niat nak masuk pediatrik. tercapai jugak akhirnya.



1st week ni acap masok Wad Pediatrik Oncology. hampir kesemua pesakit yang ade wad ini adalah botak2 belaka. tidak dinafikan lagi. sebab diorang sume on Chemotheraphy. so, kebotakan kepala adalah salah satu daripada kesan sampingannya.

seperti yang diketahui, acap amat menyukai kanak2. kanak2 pon sgt menyukai acap. tapi itu bukan bermaksud acap adalah kanak2. hehe.



walaupun dah masuk Tahun 3, ternyata diri ini masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri walaupun kerja2 rutin yang di wad setiap hari. Staff Nurse selalu beri galakan pada mulanya tetapi apabila terdengar dorang mengumpat pasal acap terus semangat ini jatuh. adoyai~ dugaan2. tapi acap tetap tabahkan hati. cuba naikkan semangat. walaupun hati ini hanya diri ini sahaja yang tahu.



ok2. kita tutup pasal yg lepas. kite letak sume masalah dan pengalaman yang buruk2 itu ditepi. bukan dibelakang, depan atau atas tetapi di tepi! sebab lebih mudah itu kita mengambilnya nanti sebagai panduan dan ingatan. :)



sekarang acap ditempatkan di wad NICU. wah! serius happy giler bile 1st time feeding tadi. bukan breast yeh. bottle feeding je.. hehe. :p

semoge adik2 yg grad dr NICU nnt insyaallah sumenye sihat2 sebab dpt feeding dr abang. haha.



Nice to read, nice to share.

kalau ade pape, kalian boleh ltk komen kat bwh ni. acap sedia menerimanya sebagai pemangkin semangat. insyaallah. :)


;)

Wednesday, July 21, 2010

Risau

Wednesday, July 21, 2010 3
Salam.
Kali ini kene serius sebab nak minta pandangan anda2 semua kalau boleh.

Malam td acap nak pegi keluar duit kat ATM. pastu ade sorang lelaki India tepok belakang dan cakap nak mintak tolong sedikit. dia cakap dia nak bank in duit kat mak dia kat Ipoh. kebetulan dekat situ memang ade mesin ATM dan takde mesin Cash Deposit. mula2 was2 jugak last2 tolong jugak. dia terus bagi duit RM50 kat acap time tu jugak. Acap pon transfer duit dekat akaun adik lelaki kalau tak silap. Pastu die minta resit tu sebab nak jadikan bahan bukti. pastu die blah dan acap pon keluarkan duit acap.

lepas tu masuk kereta dengar radio pasal jangan dedahkan no akaun anda pd sesiapa.

sudah!
panik terus aku. apa nak buat ni??
otak tgh tepu. risau memanjang. tak tidor mlm dibuatnye.

Tolong saya!!
apa patut saya lakukan?

Wednesday, June 16, 2010

Tutorial - Cara 'Log In' facebook yang betul.

Wednesday, June 16, 2010 4
Hype!
Bertemu kita di tutorial yg baru. Ceh! macam pernah buat tutorial sebelum ini. Sebat je la. Hehe.

Oh yeah! pasal tutorial ni. dulu acap pon tak berap kisah sangat pasal log ini facebook ini. tak perasan sangat perbezaan die. sampai 1 hari member datang datang rumah dia bagitahu jgn log in kalo appear gambar hp tu. kemungkinan ada virus kot. tapi better kita ambil prevention sebelum terjadi ape2. bak kata pepatah "lebih baik mencegah daripada mengubati". chewah!

Ok, kita tgk gambar ini.



Lihat pada bulatan merah iaitu url untuk log in facebook. tidakkah macam panjang sangat je. tidakkah ini menimbulkan kesangsian. hoho. tengok pula gambar hanpon tersebut. berlainan dengan laman log in facebook yg sebenar.

Ok, yg ini gambar laman yang betul. (maybe)



lihat url-nye cuma "www.facebook.com". clear bukan? lihat pula bulatan kuning itu. lebih kurang gambar worldwide kot. (entahlah)
tapi yang pasti better anda semua log in facebook guna yg ini. url-nye "www.facebook.com". pastikan tau. hehe.

berjumpa dalam tutorial akan datang (kalau ada).
bye!

p/s : jangan ditanya pasukan favourite dalam world cup kali ini. memang tak tahu nak ckp apa. tapi yang pasti, team mane ada player Manchester United, team itu pasti disokong. hahaha.

Thursday, June 10, 2010

Kenapa polis tak jadi saman saya?

Thursday, June 10, 2010 2
Hohoi!
lame tak update blog ini. alasannye boleh tgk post sebelum ini ok. hehe.
berkisar dgn tajuk kali ini. nak story sikit pasal polis nak saman tapi tak jadi. huhu.
Alkisah, pada satu ptg dalam pukul 2 lbh kurang, acap drive kereta dr PJ menuju ke Kajang. sampai area Seputeh dah perasan ade speed trap ni sebab kereta arah bertentangan sudah memberi isyarat lampu. so dengan slumbernye acap drive 60 km/j sahaje! tak pernah dibuat org kat highway.. haha.
hendak dijadikan cerita, road block pon berlaku 3km selepas itu. confident je x kene tahan. sampai je kat situ polis tu suruh berhenti kat tepi. kecut perut gwe.

"bile mase pulak aku drive laju ni."

monolog dalaman seorang diri sendiri sebentar. macam2 fikir ni. duit tak dapat lagi. elaun pulang hujung bulan. masak2. time tu pikir gak nak bagi alasan ape kat polis tu. huhu.
Polis tu pula lambat sikit nak saman sebab byk kereta lain yg kene tahan. selepas 5 min camtu, polis yg tahan acap td datang. dia usha keliling kereta. aduh! saspen gwe. ape lg ntah tak kene. huhu. selepas tu barulah pakcik polis misai x berape nak lebat tu tanye acap.

Pakcik Polis : Nak pergi mane dik? (dengan nada yg tinggi.)
Acap : balik kajang Tuan.
PP : Belajar ke dah kerja?
Acap : Belajar lg kat hukm ni hah.
PP : Hukm? belajar doktor kah?
Acap : bukan. Jururawat. Jururawat lelaki.
PP : oh Nursing ke? anak pakcik pon belajar nursing jugak dekat kolej ***** (tak ingat ape.) sekarang ni die dah tahun 2 sem 6. sekarang ni die tgh praktikal kat hospital ***** (lg sekali lupe). memang bagus amek nursing ni. kerja mulia. dapat kerja pon senang. blablablablabla.........
Acap : ye pakcik. betul tu. (sebanyak beberapa kali)
PP : Ok la. boleh jalan. pakcik suruh kereta blkg kau yg berhenti td. tgk2 kau yg berhenti sekali. ok2, jln elok2. semoge berjaya.
Acap : ok2 tuan. terima kasih.

fuh! selamat. acap pon tak perasan yg die tahan kereta blkg td. akibat confident sgt la ni.. haha. btw, nice to borak with u, pakcik polis. walaupun butir2 perbualan tak berape nak ingat. hehe.
sehingga bertemu di lain hari. bye!

Tuesday, June 1, 2010

Apabila Diri Tidak Disayangi lagi..

Tuesday, June 1, 2010 5
Gempak tak title post kali ni? haha! Takde ape2 pon sebenarnya. rupenye sudah 2 minggu blog ini tidak berupdate. mane hilangnye acap? tidak hilang kat mane pon. tak keluar langsung dr Cheras yg tercinta ini. cume mood untuk update tiade disebabkan kebohsanan dalam diri yang melampau. orang ckp kalau bosan tulis la blog. mane~ acap bosan takde mood pon nak tulis blog. Satu lagi faktor pemangkin adalah kepantasan Internet. Internet kat umah ade 2 sumber. 1 streamyx yg rm60 sebulan tu dan 1 lg adik pnyer Berukband.. due2 cam cipanzi nak bertelor je..

Hari tu ayah ade konvo kat UUM. tak dapat nak ikut sebab time tu minggu exam. seronok pulak tgk ayah pakai jubah tu. tak sabar pula nak konvo dan pakai jubah macam ayah.. hehe.. ayah amek kaunseling kelompok kalau tak silap.. so, sape2 nak khidmat nasihat kaunseling boleh jumpe ayah.. hehe..

Sebelah kiri tu mama. die pon excited gak pakai jubah. pnjm kawan ayah punye.. hehe..

Start cuti kali ni, cam sedih sikit. sebab sume org takde kat umah. adik2 sume kat hostel, ayah pegi Kuala Lipis n mama pula pegi sabah. sedih pulak tggl sorang2 kat rumah bertemankan kucing. huhu. mama ajak pegi sabah dulu tp plan nak g terengganu. last2 minit tak jadi pulak. tapi takpelah. mama pon dah balik ni. takdela sunyi sangat.

hari tu ade pergi kenduri kahwin member, Lin. kakak die kahwin kat Kg Pengantin. pergi dgn Nazim, Pejol, Bob, Nabil n Jep. macam best je kahwin kat sini. Dorang ckp kalau takde rm60 ribu, jgn mimpi nak kahwin kat sini. ops!


Oh, sudah2.. mate sudah ngantok ni.. baru balik downtown dan tidak tido2 lagi.. ok anda2 sume.. jumpe di lembaran yang lain pula yeh.. adios~

Wednesday, May 19, 2010

Iklan Tuala Wanita - Adibah Noor

Wednesday, May 19, 2010 0
Aku tak sangke anak2 Malaysia sgt kreatif dalam penghasilan iklan. tergamam + kelakar aku tgk iklan ini. haha.


Tuesday, May 18, 2010

Doa Hari Peperiksaan

Tuesday, May 18, 2010 2
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

Ya Allah

Kurniakanlah kami kefahaman Nabi-nabi dan hafazan para Rasul serta ilham daripada para malaikat yang hampir dengan Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.

Ya Allah ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami dan sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah,

bila Engkau terima taubat kami dan Engkau ampunkan dosa kami , maka berilah kami kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal sehingga kami dapat menghafal semua ilmu yang kami pelajari dan juga ayat-ayat al-Quran .

Ya Allah ,

kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal dan juga kunjungan rezeki yang tidak kami sangka-sangka .


رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنبَنْاَ وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ ، رَبنَّاَ آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ، رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً
.وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
Amin.
Selamat Maju Jaya. Terutamanya, Pelajar Nursing UKM.
Terima Kasih : Klik Sini

Sunday, May 16, 2010

Kenapa orang tak suka Drogba?

Sunday, May 16, 2010 0


Sejarah ringkas tentang Drogba.
Nama : Didier Yves Drogba
Negara : Ivory Coast
DOB : 11 mac 1978 (dah tua dah!)



Bak kata Ancelotti "badan tegap mcm Tarzan tapi senang jatuh mcm Jane"
Buat pertama kali aku sangat bersetuju dengan ancelo. main takut la tu. kalo dpn gol tak nak jatuh. kalo bola tak dapat nak control terus nak jatuh guling2. tak faham aku. beza dgn CR7 (now CR9), die walau kene tackle camne pon akan tetap jatuh. haha.

Tak hormat dengan team lain terutamanya team besar2.
Dengan cara dia celebrate goal membuatkan orang menyampah. ade sekali dia sanggup lari kat Benitez lepas score goal. sangat biadap wo! celebrate dgn teammate sudeh. or x yah celebrate langsung. haha. dgn refree pon asyik nak gaduh je.




Muke tak hensem tapi dapat jadi model Seluar Dalam
Tidak dinafikan Drogba diantara striker yg x hensem di EPL. Liverpool - Torres. Man Utd - Rooney. Arsenal - Arshavin. Man City - Santa Cruz. Tottenham - Pavluchenko. sumenye hensem2 kan. tapi Drogba jugak dapat jadi model seluar dalam. haha.

Ade ke org nak pakai? haha

p/s : pergi study la wey. esok exam!


Saturday, May 15, 2010

Lawak : Beza 'aku' dan 'saya'

Saturday, May 15, 2010 7
Danial dan Najib adalah rakan karib. Mereka selalu bermain kejar-kejar bersama walaupun umur mereka sudah mencecah 40 tahun. Satu hari, Danial telah mengajukan satu teka-teki yang teramat dahsyat.

Danial : Najib, kau sihat?
Najib : Aku sihat je. Kenapa?
Danial : Aku dah lama nak bagi kau teka-teki ni. Sejak kita dalam perut mak lagi.
Najib : Ok, aku nak teka-teki yang mencabar.
Danial : Baiklah, apa beza 'aku' dengan 'saya'?
Najib : Ala, senangnya. Mestilah ejaannya kan?
Danial : Salah, jawapannya beza 'aku' dengan 'saya' ialah... Aku Danial.
Najib : Laa.. Abis 'saya'?
Danial : Beruk! Kahkahkahkah!!!

Keesokan paginya, mayat Danial telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan akibat teka-tekinya itu dan Najib pula telah menjadi gila.

*Thanks to BelogBagus

Sunday, May 9, 2010

Mama! Selamat Hari Ibu - dari anak lelakimu..

Sunday, May 9, 2010 0


Selamat Hari Ibu buat mama saya - Khadijah Ibrahim!
Tu je nak cakap..

Friday, May 7, 2010

Apabila dah tak tahu nak tulis ape...

Friday, May 7, 2010 3
Sebenarnye buntu nak update ape psl blog.. byk bnde nak cerita sampai tak tahu yg mane patut didahulukan. So, acap berpendapat akan tulis mengikut soalan yang diberikan kepada sendiri..

1. Apa yang kau buat sepanjang minggu ini?
• Disebabkan minggu ini adalah minggu study week, mestilah acap study kan. Ops! Disini satu pembohongan berlaku. Haha. Dari hari Isnin sampai hari khamis, hari2 acap pergi jabatan. Banyak urusan yang terpaksa dilaksanakan. Antaranya ialah ambil cross. Cross dah cukup sebenarnya. Tapi saje gatal2 nak ambil lagi. Takot nanti tahun 3 baru nak terkejar2 ambil cross. Huhu..
• Ade sekali main futsal dgn budak MLT. Kasut futsal dah hilang. Sekarang main pakai kasut posting je.. huhu..


Kasut postingku selepas dibuat main futsal. Setiap sem mesti tukar kasut baru.



Tiket IP Man 2

(Buruk giler gambar camera hp aku..)



2. Filem terakhir yang kau tengok?
• Mestilah Iron Man 2. Eh, bukanlah. IP Man 2. Takde niat langsung nak tengok cerita kung fu ni. Hari Sabtu lepas, cadangnye nak tengok iron man bersama Nabil dan Bob. Tp sold out pulak. Terpakse tengok ip man je. Boleh tahan jugak ceritanye. Kat ending baru tahu yang ip man ni sebenarnye sifu kungfu Bruce Lee! Mmg hebatlah.. muke relax je lawan orang.. tumbuk pon comel je.. kungfu perempuan ni.. tapi berkesan untuk lelaki.. hehe..

3. Kenapa penyokong Liverpool tak suke kat Manchester United?
• Rooney tak hensem cam Torres tapi still boleh perform.
• Fan Liverpool ckp MU tiru kaler jersi merah dorang.
• Owen masuk MU.
• Tevez reject Liver dulu sebab hormatkan MU.
• Fergie tak nak jual Heinze kat Liver dulu and sanggup hantar beliau ke Real Madrid.
• MU tak banyak player Spain mcm Liverpool.
• MU nak pecahkan rekod Liverpool sebagai Kelab paling banyak menang EPL.
(ini semua hanya gurauan)

Sampai disini entry kali ini. Diharap anda terhibur.

Sunday, May 2, 2010

Makan : makan selagi boleh makan..

Sunday, May 2, 2010 1
mcm 10 org makan..

Makan semakan2nye di Flaming Studio.. eh studio plak, steamboat.. tapi tempat tu lg sedap disebut Flaming Studio.. haha..
Sememangnya kalo plan je mesti byk halangan.. so, kami tak plan pon nak pegi tempat ni.. maen redah je ari tu.. mmg byk gilak acap makan haritu bersama 3 org lg rakan iaitu amir, alip dan paan.. laki kalo bab makan mmg pantas kecuali aku.. wakaka..


kat sini boleh makan apa yg dikehendaki selama 2 jam.. menurut poster ade lebih 150 item yg ade kat situ.. agaknye kot.. mmg byk pon.. dari seafood segar (ikan, sotong, udang, lala, kupang, bnde pelik2 yg paan makan.. ahha) , sayur, ais krim, abc dan banyak lagi.. aku pon x tahu bape trip kitorg rebus bnde tu sume dlm periuk elektrik tu (tmpt stimbot tu).. rasenye kalo sume org yg mkn kat situ mcm kitorg mmg bankrap tauke tu.. x psl pasni pergi dah naik harge double.. haha..



ROUND 1 : makan ringan2 dulu..

syg nak mkn sbb comel sgt.. haha..


Amer ckp ketam die manis.. mmg pon..

dah x igt round ke brape..


aeskrem pulok..



panas dan berasap..


inilah hasilnye..

So, sekarang dah tahu kenape asyik ade "ladies day" je kat hotel? sebab inilah, bankrap hotel kalo diorang buat "hari lelaki".. hehe..

lelaki mementingkan kuantiti dlm makanan.. janji murah dan banyak.. maksudnye lelaki lebih berekonomi dr pompuan kot..

Teka-Teki:

Apakah persamaan Cristiano Ronaldo dan Ronaldo Da Lima?

Tuesday, April 27, 2010

Drama : Lord Of Study (Korea)

Tuesday, April 27, 2010 2
SYNOPSIS:
Kang Suk Ho is an ordinary lawyer who decides to take up a job at the nearby high school. After seeing the conditions of the school and the poor grades all the students have, Suk Ho decides to create a special class promising admission to the most prestigious college in Korea, "Chun-Ha-Dae University." Five of the most laziest students - Hwang Baek Hyun, Gil Pul Ip, Na Hyun Jung, Hong Chan Doo, and Oh Bong Goo join the class to in order to prove that they can do it with hard work and dedication.
*thanks to dlaznmovies.com

Komen Acap:

Terima kasih kepada Cik Fitri kerana memperkenalkan cerita ini kepada saya. walaupun cerita ini tampak seperti bodoh2 je tp hakikatnye cerita ini memberikan semangat kepada saya untuk belajar bersungguh2.. hehe.. pendekatan yg digunakan untuk student mmg kelihatan ntah ape2 tapi efektif sebenarnye.. harap kawan2 tgk jgk drama ini. tak rugi kot.. hihi..

Acap ade drama ni dlm pc tp kalau nak download acap bagi link die.. TEKAN SINI!
Kalau ade lagi drama @ movie yg best2, nanti acap share lagi.. hihi..
SALAM.


Sunday, April 25, 2010

Pilihanraya : Hulu Selangor? Harap yang terbaik buat negeriku.

Sunday, April 25, 2010 0

Bukan mahu bercakap tentang politik sgt pon...

tapi harap2 org2 di Hulu Selangor dapat buat yang terbaik untuk negeri Selangor kita ini..

walaupun satu kawasan saje tapi kesannye pasti terase di seluruh selangor kan..

Semoge Selangor sentiase diberkati..

Amin..
Update :
Keputusan Pilihanraya dari SPR

BN - 24,997
PKR - 23,272
Majority -1,725
Spoilt votes - 731


*Source from MalaysiaKini

Thursday, April 22, 2010

Makan : Dah lame nak mkn bende ni..

Thursday, April 22, 2010 0

Setelah berkurun lame aku menanti akhirnye hari itu tibe juge.. poyo2~


Acap dan makan bagai tidak dpt dipisahkan.. makan, makan dan makan.. Anak Sulung katekan.. makanan sume kite yg kene tolong habiskan (alasan).. Dr Roslee, Pensyarah Nutrition tu yg ckp.. hehe..


Seperti yg diketahui makanan dan Kg Baru begitu sinonim dgn kehidupan di Kuala Lumpur ini.. Sebut saje makanan apa yg anda mahu pasti ketemu di sini..


Namun kali ni, acap mahu bicara berkenaan Tomyam yg yummy2~ Secukup rasa, pedas sampai berpeluh2 acap makan.. hehe..




Thanks to Sara Sisters n Wani yg sudi treat makan mlm hari tu... nice food bears nice tummy.. hehe..




Act, mahal jugak harge tomyam tu.. sbb die x boleh mkan utk sorang. ade yg besar je.. dikeringkan hati sebab ade org nak belanje.. hahaha.. Selain itu terdapat juga lauk lain iaitu Daging Merah, Kailan Ikan Masin.. sebelum balik tu sempat juga menjamah Tauhu Bakar di gerai sebelah.. Mak Aih! mmg sdp wo.. rase nak lg je.. tp ditahankan nafsu.. Syukur2~


Mmg agak lewat kami makan malam hari tu.. balik2 je trus lentok n kiok.. bangun pagi trus menyesal makan malam.. hehe.. tp ade org ckp x baik menyesal.. :p


Baiklah, sampai disini sahaja entry kali ini.. tak tahu ckp ape dah..


Arigato Gozimas~

Tuesday, April 20, 2010

Gambar : Takut salah letak kereta..

Tuesday, April 20, 2010 0
Hello.
Minggu ini minggu posting.. sesungguhnye ia sungguh "menyeronokkan"..

Minggu lepas teman sepupu aku beli D90.. jeles giler nak mampos.. aku nak gak tapi tunggu kerja nanti kot baru dapat... uwaaa! :'(

oh ye.. yg ni gambar diambil dikala takot kete salah letak.. banyak jugak rupenye.. hehe..
























Ada banyak lagi sebenarnye.. parking ini di kompleks membeli-belah sekita Kuala Lumpur. (Mines, Times Square, Pavilion and Mid Valley). boleh la tgk tempat parking mane paling cantik.. rasenye times la kot.. die pakai simbol haiwan nak tau tmpat mane.. hehe..

p/s : menghitung hari.. 53 hari lagi.. tak sabar aku dibuatnya.. huu..

Thursday, April 15, 2010

Kerja : 1st day kerja malam.. excited?

Thursday, April 15, 2010 2

Hari ini hari pertama acap akan kerja malam sebagai seorang pelajar kejururawatan.. perlukah excited? excited sedikit.. x boleh lebih2.. kuang3~ act, time acap kerja kat petronas dulu pon dah merasa kerja malam.. tapi rasenye dulu lagi hardcore n penat.. kalolah acap tahu boleh report kat kesatuan kerja dulu, memang dah buat dah.. bayangkan, seminggu kerja malam dari pukul 7 pagi - 7 malam! acap igt itu perkara biase, rupenye tempat lain x praktikkan camtu pon.. penat2~ tapi bile dah tgk duit gaji tu sume kepenatan hilang.. nasib baik gaji boleh tahan.. hahaha!


Tapi rasenye hari ini macam x sempat nak tido je before kerja malam jap lagi.. mane tidaknye, assignment nutrition tidak disentuh lagi.. aiya~ nausea, vomitting sume ade ni.. nasib x de psychoses je.. hehe.. sebelum kerja malam ni, group kitorang dah buat survey staff mane kerje malam same mcm kitorang.. hoho.. bukan ape, sng nnt nak berkerja.. =p rutin2 wad pada waktu malam sudah pon kami ketahui.. punye la semangat.. tidakkah ini dinamekan excited? hahaha..


Oh yeah, pasal entry sebelum ini.. ade gak kwn yg ambil concern kat acap.. terharu nak nangis pon ade.. hehe.. btw, acap dah okay dah.. takde pape pon.. huhu.. hatiku kembali girang.. sesuai dgn watak aku dlm Hotel Mania tu.. =p (mesti ade org ckp aku poyo lagi ni) hahaha..


baiklah, sampai disini saja nukilan kasihku.. taknak tulis banyak2 nanti kene saman.. phew~


p/s : sebak dengar radio ERA kebelakangan ni.. Al-Fatihah untuk Arwah Din Beramboi.. Lawak jenakamu sentiasa tersemat dalam diriku..


*pasal gambar tu -> 'apa yang membuatkan aku dan dia berbeza?' hahaha


Tuesday, April 6, 2010

Feel : Nak menangis ke tidak?

Tuesday, April 6, 2010 3
Bukan masalah hati atau ape.. masalah jiwa apatah lagi.. tapi apabila mengenangkannya, hati dan jiwa ku jadi sakit..
nak menangis? ego melebihi segalanya..
entahlah, mmg camni kot aku dari dulu.. suke smpn sorang2.. kat sekolah dulu berapa kerat sgt kwn.. tp perasan gak ramai yg amat berat bile satu2 hal berlaku..

tapi hal ini.... tak mungkin aku bgtau kat sape2 pon... so, ape yg aku nak buat ni? nak menangis ke tidak?
tiba2 terkenangkan lagu kumpulan Dewa - Air mata

"menangislah bila harus menangis
karena kita semua manusia"
bukan aku x pernah cube meluahkan pada kawan2 serta keluar gaku tapi disaat aku ingin berkongsi pasti rase x sampai hati.. salah aku jugak.. kuat sgt loyar burok.. x sampai hat nak citer bnde syahdu2 lps gelak2.. maybe, aku kene simpan sorang2 ni.. yang terbaik untuk diriku..
aku pasrah...
seorang kawan pernah berkate,
"acap, ko jgn ubah diri kau.. aku suke kau camni"
sebenarnye kawan.. aku sampai sekarang x tau ape yg ko suke tu.. hanye aku sorang je tau ape sebenarnye diriku..
rasa kecewa jugak bukak fb kebelakangan ni.. sbb tu twitter menjadi temanku sekarang.. biarlah x sebest fb pon.. janji hatiku tenang.. bebas meluahkan segalanya..
akhirnye air mataku jatuh juga... tp untuk sape dan sbb ape, biarlah aku sorang saje yg menyimpannye...
SALAM.

Thursday, March 25, 2010

Video : Presentation Ethics.

Thursday, March 25, 2010 0
Disaat kebosanan, inginku berkongsi dgn kalian 1 video. sedikit je nak tunjuk. video ini menyebabkan mataku sembab, tangan pedih dan emosi disorder sebentar. mane tidaknya, sampai lewat malam@pagi, kami berjaga menyiapkannya.. uwaaa~ ('-')

video

Alif yang buat intro ni. cool kan. aku sebot name ko ni lip. wakaka.

Baiklah, sebelum senja menjelma izin daku minta diri. daa~

Friday, March 19, 2010

formspring.me

Friday, March 19, 2010 0
tanye je ape2.. http://formspring.me/asyrafhasnan

Wednesday, March 17, 2010

Interest : Korang boleh tanya soalan apa saja yg korang nak..

Wednesday, March 17, 2010 0
Assalamualaikum w.b.t

Kite bertemu lagi.. selepas minggu yang menyeksakan minggu lepas, kali ini semangat acap lain macam sikit.. sbb ape? itu kite tak tahu yeh.. haha..

Ohyeah, sementelah acap "bermukabuku" semalam, jumpe 1 website yang tidak kurang dan tidak lebih menariknya.. kita boleh tanya soalan kat seseorang tu dn orang tu kene jawab.. cool kan~ rase tertarik pula.. korang nak cuba.. klik sini yeh --> =--=

Yang tu acap punye profile.. kalo korang nak buat profile, just sign up je.. easy rite?

Ok la. Sampai sini saje kali ni.. (^.^)

Saturday, March 13, 2010

Feel : Masih ada masa..

Saturday, March 13, 2010 0
Assalamualaikun w.b.t..






Apa khabar anda semua? diharap semuanya sihat2 belaka... masih ada masa. itulah tajuk post kali ini. jika ditranslate maksudnya still have time.



apa yang ada masa?
kenape masih ada masa?
kenape kite perlukan masa?


apakah masa itu emas?



masa, masa, masa.. sumenye berkaitan dgn masa.. alangkah bahagia tanpa masa. tplumrah hidup manusia bergelumang dengan masa. main bola ada masa, lumba kereta ada masa, tidor pon kene ada masa..



"iye acap, nape tiba2 ckp pasal masa ni?"




bagai terngiang2 suare anda semua. apabila teringatkan assignment, kerja, kursus, exam sumenye dah nak dekat. macam dah x cukup masa. memang manusia dan masa sangat bermusuh!

p/s: comelkan baby. tapi korang bunuh. semoga terima azabnya

Saturday, March 6, 2010

Dilemma : Perlukah deactivate akaun friendster?

Saturday, March 6, 2010 2
salam..
Setelah sebulan posting di wad, akhirnya kembali semula ke kelas. Gumbiranya! dah lame x duduk diam2 dlm kelas. rindu environment tu. huhu.. Bukannye tak suka posting, tapi penatlah. hihihi. Mostly member acap pon tak berape suka posting. maybe same reason with me. hehe.
Tak tahulah perlu tulis ke tak. ingat nak tanye sape2 yang sudi jawab. acap nak tutup akaun friendster (fs) la. macam dah tak relevan buat masa kini. tapi ada member baik kat fs tu. dah suruh dia buat akaun facebook (fb). tapi dia tak nak. macam2 alasan dia bagi. aiyak! gua sudah pening.. susahnya ada member camni. tapi member baik ni. masalah sikit je dengan fb tu. itu pon jadi hal bagi dia. tak faham.
i think thats all for today. nanti sambung next session. arigato gozimas!

Tuesday, February 23, 2010

Fotografi : Kursus di Sg Siput, Perak

Tuesday, February 23, 2010 0
Selamat pagi petang siang malam. again. kemalasan melanda untuk mengupdate blog. ape boleh buat. kalo blog ini boleh menjana duit hari2, confem acap update sentiasa. muahaha. gelak jaht x? hmm, berkenaan tajuk. nak citer sikit pasal kursus ini. diadakan di kem intan suraya sg siput. perak. time cuti mid sem hari tu. dari x buat ape kat rumah, better join kan. hehe. Nah, tgk je la gmbr yg acap ambil ni.. Beginner lagi.. huhu..




"Still ok. but background kene colour lain."



"Popiah Basah- my fav food. found at k.kangsar"


"Model shooting- dapat A from En Md Noor (Penceramah)"


"Berbakat sbg Contractor Photographer. Mcm nak ambil gambar projek baru. haha.."

p/s: hari tu pakai ayah punye Nikon D300. teringin nak beli satu. D90 pon jadi la... huhu..

Monday, January 18, 2010

Random : Weekend yg 'BolehlaH'

Monday, January 18, 2010 0
Helo2..
Guys.. hehe..
tak tahulah kenape asyik tergelak, tersenyum sorang2 skarang ni.. buat satu2 benda pon mcm x fokus.. hari ini (18/1) dalam kelas dah berapa kali pen, pensel, file asyik jatuh je.. serba x kena.. huhu.. Maybe ade kaitan dengan kepulangan si dia.. (gotcha!)

Weekend hari tu biase2 je bg acap.. hari sabtu patoutnye join Larian Amal Palestin kat Tasik Permaisuri.. yg patutnye tu lah yg x terjadi.. Larian start pukul 7.30. acap dah bangun pukul 7 tapi sume bdk rumah mcm x konfem je nak pegi.. aish! kemalasan mula bersarang di pemikiran.. finally, sumenye tak pegi.. dalam pukul 8.30 camtu dapat call dr ayah :;

Ayah : X pergi larian Palestin ni ke?
Acap : Macam malas je.. Ramai ke yg Pergi?
Ayah : Ramai.. dtg sini cepat.. Mama n adik ade ni. Adik nak jumpe along.
Acap : okayh!

adik nak jumpe ckp ayah. entah2 saje je ayah nak trap suruh dtg.. mmg pon.. sampai2 je adik ckp

'bile mase ntah nak jumpe along'

den dah agak dah.. hehe.. tapi dah lame kot x jumpe adik.. since die masok sekolah balik.. dah form 4 dah bdk tu.. cita2 nak jd ahli veterinar.. tapi acap nasihatkan die jd ustazah je.. hahaha.. (tahu2 je la sebabnye)
Jam 9.30 bile acap sampai tasik tu.. tgk2 dorang dah bagi hadiah. segan pulak enterprm.. kantoi la x pegi kan.. haha.. btw, dapat gak tgkp2 gambar ngan mama kt tasik.. excitednye.. (geli giler).. hohoho..

adik n mama menunggu.. sabar yeh..

Ayah n Mama captured by Adik


Tuesday, January 12, 2010

Reunion : Bekas Pelarian Matrik

Tuesday, January 12, 2010 0
Alopz!
yup. melihat tajuk post ini pasti anda semua x sabar hendak mengetahui sape yg dimaktsudkan. Haha!

Pelarian yg di maksudkan adalah acap n dani kerna due2 jejaka ini tidak menghabiskan program matrikulasi. lebih tepat lagi kami tidak mempercayai program ini dapat memberikan kami impian yg kami mahu. kwn2 matrik melaka jgn marah yeh. esp, ex-pdt! korang mmg kawan yg terbaik n susah nk dapat kwn mcm korang pd bile2 n di mane2 pon.

oh yeah, sorang dr team mesin basoh admit hosp serdang iaitu Din Tanah. Alhamdulillah die ok. tp bile acap jumpe mmg gua cabut usus die tros. bkn nk bgtau masok hospital. bajet die dah xde kwn lg la tu. piiraaah!

Berbalik pd reunion. act, time cuti kebosanan hari tu, si dani dah terguling2 kebuhsanan hendak menjalankan aktiviti cuti. so, acap bg cdgn naik ATV. yg acap tahu kt ulu klang je ade kt sini. pastu surf internet kt sunway pon ade gak. ape lg! layan je la.. haha..

selain naik ATV, kitorg maen musa terbang, game2 yg terjerit2 tu, mandi dan mcm2 lg. disebabkan 2 org je yg pegi mmg la sgt ssh nk amek pic byk2. so, kitorg amek pic mase tiba dan hendak pulang je. sedih kn. btw, nnt acap plan nak pegi lg. bcoz, that was my 1st time ma.. nak pg lg ngan kwn ramai2.. msti lg syiak kn. hehe..


AMARAN!

jgn tegur psl pertambahan size dan berat badan!




tembam kn saya..


comelkn kami. haha.


lepas habis mandi...


Dani ngah 'main'..



Monday, January 11, 2010

Ancaman kpd Penulis Blog

Monday, January 11, 2010 0
Guys!
Lamenye x update blog hamba ni.. Malas menjadi sbb utama yeh kawan2. Tp rajin akan akan menyusul sebentar lagi.. (".)
Oh yeah, Sementelah melayari web kegemaran td.. terdapat 1 Headline yg menyebabkan tertarik jari ini utk men'klik'nye... Untuk mengetahui lebih lanjut klik sini.

Ok fine.. ini berkisar politikus.. saje nk share ngan korang sambil2........... hmm
g
disamping itu, tak nak gune name perawan dah.. sbb dah ade org tiru.. tak tau la sape yg gune dulu.. replace with acap.. ok x? hehe..

ok2, disebabkan lame sudah x update rasenye sampai disini saje post kali ni.. kire warm up la kn.. Insyaallah, next time i will share anything from my deepest of my heart (bapak x boleh blah).. huhu.. Salam..

p/s : sile2lah komen..
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesFree Blogger Templates;